Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 7c dikatakan akan dilancarkan pada September 2016

apple-iphone-7-mini-2016

Kata-kata mengenai Apple melancarkan pengganti Apple iPhone 5c telah hangat diperkatakan dan ada pada satu ketika dunia teknologi yakin bahawa model ini akan dilancarkan bersama-sama Apple iPhone 6s dan iPhone 6s Plus.

Anda pasti sedia maklum bahawa itu tidak berlaku namun khabar angin mengenai model yang lebih murah daripada Apple ini seperti tiada penamatnya. Apple iPhone 6c yang diperkatakan sebelum ini kini dilaporkan akan dilancarkan lebih lewat dengan nama baru iaitu Apple iPhone 7c.

Maklumat mengenai kewujudan Apple iPhone 7C ini telah ambil dari pembekal kepada pengeluar utama Apple iaitu Foxconn.

Apple iPhone 7C dijangka akan dilancarkan pada bulan September namun tidak dapat disahkan samada model ini akan dilancarkan bersama-sama Apple iPhone 7 dan Apple iPhone 7 Plus.

Selain itu, pembekal Foxconn ini juga telah memberikan jangka harga penjualan bagi Apple iPhone 7C iaitu pada kadar $400-$500 yang bermaksud sekitar RM 1,684 – RM 2,105 berdasarkan kadar pertukaran semasa.

Apple iPhone 7C dijangka akan hadir dengan reka bentuk yang berasaskan besi dan kualiti yang lebih premium. Apple iPhone 7c juga dijangka tidak memiliki sensor capjari TouchID dan skrin paparan 3D Touch yang akan ditawarkan pada model utama Apple.

Walaupun berita ini datang dari sumber yang rapat dengan pengilang Apple iPhone, masih terlalu awal untuk memberikan sebarang pengesahan mengenai berita ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.