Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ZTE Blade A1 dilancarkan – telefon pintar termurah dengan sensor capjari

zte blade a1 malaysia

ZTE secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Blade A1 yang ditawarkan sebagai telefon pintar termurah namun mempunyai sensor capjari pada bahagian belakangnya. Ini adalah pertama kali telefon pintar dengan harga penjualan yang rendah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang biasanya disertakan pada model yang mempunyai harga dan spesifikasi yang tinggi.

ZTE Blade A1 hadir dengan harga penjualan CNY 599 (RM 395)dan boleh dikatakan sebagai telefon pintar termurah didunia untuk memiliki sensor capjari.

Menurut ZTE lagi, mereka tidak menyertakan sensor capjari yang biasa pada model Blade A1 ini, sensor capjari ini adalah antara yang terbaik di pasaran iaitu ianya mampu mengesan dan mengaktifkan telefon pintar anda didalam masa hanya 0.3 saat.

Selain sensor capjari, ZTE Blade A1 juga hadir dengan reka bentuk berasaskan plastic dan hadir dengan skrin paparan 720p berukuran 5.0-inci, LTE, sokongan dwi-SIM, kamera utama 13MP, kamera selfie 8MP, pemproses MediaTek MT6735, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman, bateri berkapasiti 2,800mAh (mempunyai teknologi pengecasan pantas) dan Android 5.1 Lollipop.

ZTE Blade A1 kini telah dibuka untuk tempahan melalui laman JD.com dan penjualan akan bermula secara rasmi penghujung bulan ini.

Setakat ini tiada sebarang maklumat samada model dengan sensor capjari yang termurah dipasaran akan ditawarkan di pasaran antarabangsa termasuk di Malaysia.

ZTE Blade A1 ini hanya ditawarkan didalam satu warna iaitu warna putih.

sumber

zte blade a1 malaysia51 zte blade a1 malaysia-6 zte blade a1 malaysia-4 zte blade a1 malaysia-3 zte blade a1 malaysia-2 zte blade a1 malaysia-1

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.