Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kyocera Digno Rafre – telefon pintar yang boleh dibasuh menggunakan sabun

digno rafre-5

Telefon pintar kalis air dan habuk kini sudah menjadi sebahagian daripada industri telefon pintar khususnya selepas gergasi elektronik Sony mula memperkenalkan siri Xperia Z mereka beberapa tahun lalu. Walaubagaimanapun, satu lagi inovasi didalam pasaran telefon pintar kini datang lagi dari negara matahari terbit ini.

KDDI dan Kyocera telah berkerjasama didalam melancarkan satu model telefon pintar yang diberi nama Digno Rafre – nama yang unik ini hadir dengan satu reputasi iaitu telefon pintar pertama didunia yang mana anda boleh membasuhnya menggunakan sabun.

Selain itu, Digno Rafre juga mempunyai satu pensijilan khas yang mana model ini akan kalis air walaupun pada air panas iaitu sehingga 43° dan ini adalah pertama kali satu model telefon pintar mempunyai pengiktirafan seperti ini. Selain itu, Digno Rafre juga mempunyai pensijilan kalis air dan habuk IP58.

Apa yang menjadikanya lebih sesuai digunakan ketika aktiviti air ialah ianya hadir dengan satu dok yang diperbuat daripada getah dan ini membolehkanya sentiasa timbul dipermukaan air.

Sehingga kini masih belum bercakap mengenai spesifikasi model ini, ianya hadir dengan skrin paparan HD FTF LCD 720p berukuran 5.0-inci, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,000mAh. Kyocera tidak menyeneraikan jenis pemproses yang digunakan.

Selain itu, model Digno Rafre juga hadir dengan kamera utama 13MP, kamera selfie 2MP, sokongan 4G LTE, WiMax plus VoLTE, NFC dan berasaskan sistem operasi Android 5.1 Lolipop.

Digno Rafre akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu biru, putih dan merah jambu. Satu lagi kelebihan yang dimiliki telefon pintar ini ialah berinteraksi dengan skrin paparan boleh dikesan walaupun jari anda basah dan ianya dilindungi dengan gelas keselamatan Drangontrail X.

Kyocera’s Digno Rafre is launching on KDDI next Friday for JPY 57,420 ($465/€440).

Kyocera Digno Rafre ini akan mula ditawarkan di KDDI Jumaat hadapan dengan harga penjualan JPY 57,420 atau sekitar RM 1,975.

sumber

digno-rafre-color digno-rafre-design

 

digno rafre-6 

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.