Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Celcom kini menawarkan Redmi Note 2 – hanya dari RM 288

celcom-redmi-note-2-first-blue-first-glod-plan-2

Xiaomi Redmi Note 2 yang dilancarkan beberapa minggu lalu di Malaysia kini telah mula ditawarkan oleh Celcom melalui pelan postpaid Celcom First mereka yang terbaru iaitu First Blue dan First Gold.

celcom-redmi-note-2-first-blue-first-glod-plan-3

Celcom First Blue hadir dengan bayaran bulanan RM 45 dan anda akan membeli peranti ini pada harga RM 488 dengan bayaran pendahuluan RM 100.

Celcom First Gold pula hadir dengan bayaran bulanan RM 100 dan akan akan memiliki peranti Redmi Note 2 dengan harga RM 288 manakala bayaran pendahuluan adalah RM 300.

celcom-redmi-note-2-first-blue-first-glod-plan

Bagi pelan First Blue, pelanggan secara keseluruhanya akan menerima 6GB Data Internet yang dibahagikan seperti berikut ( 2GB penggunaan harian + 2GB pengunaan hujung minggu( 500MB setiap minggu) + 2GB Celcom Wi-Fi).

Selain itu, pelan pascabayar Celcom First Blue ini juga hadir dengan 50 minit panggilan & 50 SMS percuma kesemua rangkaian (akan di caj 20 sen per minit/sms), langganan muzik percuma untuk 6 bulan dan had kredit tambahan sehingga RM 250.

Dalam pada itu, bagi pelan Celcom First Gold pula ianya hadir dengan 12GB kuota internet yang dibahagikan kepada tiga kategori pengunaaan. 4GB pengunaan harian + 4GB pengunaan hujung minggu (1GB setiap minggu)+ 4GB Celcom Wi-Fi.

Selain itu, Celcom First Gold yang memerlukan bayaran bulanan RM100 ini turut hadir dengan 100 minit panggilan dan SMS percuma kesemua rangkaian(akan di caj 20 sen per minit/sms selepas itu), percuma muzik untuk 12 bulan dan had kredit tambahan sehingga RM 500.

Kedua-dua pelan bagi memiliki Redmi Note 2 ini hadir dengan kontrak bulanan 24 bulan.

baca ulasan ringkas dan unboxing Xiaomi Redmi Note 2 yang telah kami lakukan secara eksklusif untuk anda.

celcom-redmi-note-2-first-blue-first-glod-plan-1

maklumat lanjut di sini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.