Microsoft Lumia 950 dan Lumia 950XL Tiba di Malaysia 15 Disember ini

microsoft-lumia-950-xl-and-lumia-950-mdroid

Microsoft Malaysia telah mengumumkan bahawa telefon pintar terbaru mereka iaitu Lumia 950 dan 950XL akan dilancarkan secara rasmi pada 15 Disember ini. kedua-dua telefon pintar ini telah dilancarkan pada awal bulan Oktober yang lalu.

Lumia 950 dan Lumia 950 Xl tiba ke pasaran Malaysia selepas tablet Microsoft Surface Pro 4 dilancarkan di Malaysia pertengahan bulan lalu.

Lumia 950 Xl dan Lumia 950 hadir dengan teknologi skrin paparan QHD AMOLED dengan ukuran 5.7-inci pada mode XL dan 5.2-inci pada model 950. Skrin ini juga hadir dengan ciri ‘Glance Screen’ dan ‘ClearBlack’.

Dari segi pemproses dalaman pula, Lumia 950 XL hadir dengan pemproses Snapdragon 810 yang disertakan dengan 3GB manakala Lumia 950 pula hadir dengan pemprosea Snapdragon 808 juga dengan 3GB RAM.

Antara teknologi yang menarik pada peranti Windows 10 Mobile ini ialah, kedua-dua model ini hadir dengan teknologi penyejukan ‘Liquid Cooling’ dan port USB Type-C.

Dari segi kamera pula, Microsoft telah mengembalikan nama PureView pada kamera 950Xl dan 950 ini. Pada bahagian belakang kedua-dua Lumia ini adalah kamera 20MP dengan OIS dan lensa optik Carl Zeiss. Selain itu, kanera ini juga mampu merakam video 2160p dan hadir dengan flash LED.

Dari segi kamera selfie pula, kedua model ini juga hadir dengan unit kamera yang sama iaitu 5MP dengan kebolehan merakam video 1080p. Tidak seperti Lumia 950, Lumia 950Xl turut hadir dengan lampu flash LED.

Beralih kepada bateri pula, Lumia 950XL hadir dengan bateri berkapasiti 3,400 mAh manakala Lumia 950 hadir dengan bateri 3,000 mAh dan disertakan dengan teknologi pengecasan tanpa wayar.

Buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai harga penjualan didedahkan.

selain itu, anda juga boleh memenangi pas untuk menyertai majlis pelancaran kedua-dua model ini dengan menyertai satu pertandingan di Facebook Microsoft Malaysia. anda hanya perlu melengkapkan satu ayat yang mudah dan 20 pemenang akan dipilih untuk bersama-sama menghadiri majlis pelancaran ini. maklumat lanjut disini

Lumia 950

microsoft-lumia-950-xl-and-lumia-950-mdroid-2

Lumia 950XL

microsoft-lumia-950-xl-and-lumia-950-mdroid-1

Comments

comments

Share