Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jam Pintar HTC One Watch akan dilancarkan Februari 2016

image

Tidak seperti kebanyakkan pengeluar utama telefon pintar di pasaran, HTC boleh dikatakan antara syarikat yang masih belum melancarkan jam pintar mereka walaupu telah banyak kata-kata mengenainya diperkatakan.

Walaubagaimanapun, rekod yang tidak diingini oleh HTC ini mungkin bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi tidak lagi.

image

Menurut Evan Blass dari @evleaks, HTC akan melancarkan jam pintar “One Watch” mereka pada bulan Februari ini walaupun masih belum ada sebarang maklumat reka bentuk atau dimana jam pintar ini akan dilancarkan.

Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mengatakan HTC akan melancarkan jam pintar pertama mereka didalam reka bentuk bulat dan ianya pasti sesuatu yang logik kerana reka bentuk skrin bulat semakin popular dikalangan pengguna.

Jam pintar HTC ini mempunyai kod nama Halfbeak dan ianya dijangka akan hadir dengan sistem operasi Android Wear dengan resolusi skrin paparan sekitar 360 x 360 piksel.

Apabila tarikh bulan Februari disebut, kami pasti ramai yang sudah terfikir adakah HTC akan mencuri tumpuan dunia dengan melancarkan jam pintar pertama mereka di pentas Mobile World Congress yang akan berlangsung di Barcelona dari 22 Februari hingga 25 Februari.

HTC One Watch yang bakal dilancarkan ini mungkin akan kami letakkan antara jam pintar terbaik di pasaran khususnya kerana HTC telah mengambil masa yang lama untuk melancarkan jam pintar One ini.

sumber

image

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.