Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung bakal menawarkan sokongan iOS bagi Gear S2

samsung-gear-s2-ios-support-malaysia-1

Samsung dikatakan sedang berusaha pantas untuk melancarkan aplikasi yang akan membolehkan jam pintar terbaru mereka iaitu Gear S2 digunakan pada peranti Apple iOS atau iPhone secara spesifiknya.

Jam pintar Samsung yang hadir dengan sistem operasi Tizen ini memerlukan aplikasi Gear Manager pada iOS dan kini telah menyokong kesemua telefon pintar Android.

Laporan daripada Sammobile tidak menyebut akan tarikh aplikasi membolehkan jam pintar Gear S2 digunakan pada peranti iOS akan mula ditawarkan namun syarikat gergasi elektronik Korea ini dikatakan sedang berusaha untuk melancarkannya secepat mungkin iaitu sebelum generasi kedua Apple Watch tiba di pasaran.

Walaupun Samsung akan melancarkan aplikasi yang membolehkan Gear S2 digunakan pada peranti iOS, ini tidak bermaksud segala ciri yang ditawarkan pada peranti Android juga ditawarkan pada iPhone.

Selain itu, laporan ini juga berkata Samsung akan melancarkan satu versi stylus C-Pen yang mampu digunakan pada kesemua peranti pintar dan juga boleh digunakan sebagai pen biasa.

Pen stylus baru ini juga akan mempunyai sokongan Bluetooth dan mempunyai kod nama BT C Pen.Samsung dikatakan akan melancarkan stylus C-Pen ini bersama-sama generasi baru Samsung Galaxy Tab E.

Samsung Galaxy Gear S2 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,399 bagi versi sports manakala RM 1,599 bagi versi klasik.

Anda juga boleh membaca unboxing bagi Gear S2 Classic disini.

Comments

comments