Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Qualcomm Snapdragon 830 mungkin menyokong sehingga 8GB RAM

qualcomm snapdragon 830

Belum sempat pemproses Snapdragon 820 mula digunakan didalam telefon pintar, industri ini telah membuktikan bahawa masa adalah sesuatu yang penting apabila telah mula memperkatakan mengenai pengganti kepada pemproses ini.

Walaupun masih terlalu awal untuk memperkatakan mengenai cip pemprosesan terbaru tersebut, ramai pakar industri yakin bahawa pemproses Snapdragon 830 mungkin hadir dengan kebolehan untuk menyokong sehingga 8GB RAM.

Sebab utama yang meyakinkan pakar bahawa cip pemproses Snapdragon 830 mampu menyokong sehingga 8GB RAM adalah kerana ianya akan mempunyai kuasa pemprosesan yang cukup baik.

Teori ini telah dikemukakan sendiri oleh penganalisan industri, Pan Jiutang yang turut mengatakan bahawa pemproses Qualcomm yang terbaru ini akan mempunyai nombor model MSM8998.

Bagi kami, adalah masih terlalu awal untuk memperkatakan mengenai pemproses terbaru ini kerana tiada sebarang maklumat kukuh mengenai cip pemprosesan ini dikeluarkan namun berita ini pasti akan membuatkan ramai pihak ternanti-nantikan pemproses Snapdragon 830.

Selain itu, memiliki 8GB RAM didalam satu unit telefon pintar mungkin sedikit keterlaluan kerana 4GB RAM yang dimiliki oleh kebanyakkan telefon pintar utama di pasaran seperti Galaxy S6 Edge+, Galaxy Note 5, Oppo R7s, Vivo X6 Plus, Nexus 6P dan banyak lagi.

Cip pemprosesan Snapdragon 830 juga dikatakan akan hadir dengan reka bentuk pengeluaran cip 10nm.

Jika Snapdragon 830 hadir dengan sokongan sehingga 8GB RAM, kami pasti kos pengeluaran cip ini akan meningkat sekaligus akan memberikan peningkatan juga kepada harga penjualan telefon pintar.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.