Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus melancarkan Standstone Case untuk iPhone 6 & iPhone 6s

OnePlus-Standstone-case-for-iPhone-6s-malaysia-2

Pengeluar telefon pintar ‘killer flagship’ iaitu OnePlus telah membuat kejutan besar apabila mengumumkan aksesori khas bagi Apple iPhone 6 dan iPhone 6s. perkakas perlindungan bagi iPhone 6s dan iPhone 6 ini kini ditawarkan di laman sesawang OnePlus dengan harga penjualan $19.99 atau sekitar RM 84.

Dengan pelancaran perkakas perlindungan bagi iPhone 6s dan iPhone, OnePlus membuktikan bahawa fokus mereka bukanya hanya didalam pasaran Android.

Perkakas OnePlus Standstone ini diperbuat daripada polikarbonat dan akan mempunyai rasa pengunaan yang sama seperti perkakas yang dimiliki oleh OnePlus 2. Walaubagaimanapun, OnePlus Standstone Case ini tidak boleh digunakan pada iPhone 6s Plus dan iPhone 6 Plus.

Seperti biasa, apabila anda menggunakan perkakas tambahan, ianya pasti akan meningkatkan lagi peranti anda dan OnePlus Standstone case ini juga akan menigkatkan berat iPhone 6s atau iPhone 6 anda sebanyak 20 gram.

Selain itu, bagi tempoh terhad, OnePlus akan menawarkan perkakas Standstone iPhone ini didalam satu kotak yang mengandungi kod jemputan bagi membeli OnePlus X dan terdapat juga peluang untuk anda memenangi OnePlus X secara percuma.

seperti biasa bagi kita di Malaysia, perkakas OnePlus Stanstone bagi iPhone 6s dan iPhone 6 ini tidak ditawarkan dipasaran tempatan namun ianya mungkin ditawarkan oleh pengedar rasmi mereka iaitu Brightstar ( sebelum ini Maxis).

OnePlus-Standstone-case-for-iPhone-6s-malaysia OnePlus-Standstone-case-for-iPhone-6s-malaysia-1 OnePlus-Standstone-case-for-iPhone-6s-malaysia-4

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.