Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Windows 10 bagi Xiaomi Mi 4 akan ditawarkan 3 Disember ini

image
Presiden Xiaomi telah mengumumkan bahawa, telefon pintar utama syarikat ini iaitu Xiaomi Mi 4 akan mula menyokong sistem operasi Windows 10 Mobile mulai 3 Disember.

Lin Bin telah mengumumkan perkara ini melalui akaun Weibo peribadi beliau.

Pengumuman terbaru ini datang selepas hampir sembilan bulan Microsoft dan Xiaomi mengumumkan kerjasama yang akan menyaksikan Windows 10 Mobile digunakan pada Xiaomi Mi 4.

Xiaomi Mi 4 kini sudah hampir berada di penghujung kitaran produk dan mungkin akan digantikan dengan generasi seterusnya iaitu Mi 5 didalam masa dua atau tiga bulan sahaja lagi.

Selain itu, pada majlis pelancaran Xiaomi minggu lalu, syarikat ini telah mengumumkan bahawa Mi Pad 2 akan juga ditawarkan didalam versi Windows 10 selain versi Android yang menggunakan MIUI7.

Mi Pad 2 pemproses 64-bit quad-core Intel X5-Z8500 berkelajuan 2.24Ghz , GPU Intel HD Graphics, 2GB RAM LPDDR3 dan skrin paparan berukuran 7.9-inci dengan resolusi 2048 x 1536piksel yang memberikan kepadatan piksel 326ppi.

Xiaomi Mi Pad 2 juga hadir dengan kamera utama 8MP, kamera selfie 5MP, bateri berkapasiti 6,190mAh dengan pengecasan pantas, WiFi 802.11ac dan slot USB Type-C ( peranti Xiaomi pertama dengan slot USB Type-C).

Tidak seperti Mi Pad 2 versi Android yang hadir didalam dua kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 16GB dan 64GB, Mi Pad 2 versi Windows 10 akan ditawarkan didalam versi 64GB sahaja.

Harga penjualan Mi Pad 2 adalah CNY 1299 iaitu sekitar RM 860.

Mi 4 Windows 10 Mobile

Xiaomi mi 4 windows 10

image

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.