Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Maxis memperkenalkan pelan prabayar Hotlink FAST

hotlink-fast-prepaid-1

Maxis secara rasminya telah melancarkan pelan prabayar terbaru mereka iaitu Hotlink Fast yang hadir dengan tawaran Internet dan kadar panggilan yang lebih berpatutan.

 Hotlink FAST akan menawarkan pengguna rangkaian 4G secara konsisten dengan kelajuan pantas sehingga 20Mbps. Pelan Hotlink FAST ini sedikit berbeza kerana ianya hadir dengan dua kuota internet iaitu kuota rangkaian lain (3G) dan kuota rangkaian 4G LTE.

Jika anda berada didalam kawasan 4G kuota daripada rangkaian 4G akan ditolak manakala jika anda berada di kuota rangkaian lain, kuota itu yang akan ditolak.

Selain itu, apabila anda telah kehabisan kuota internet bulanan, anda boleh membeli kuota tambahan pada harga hanya RM 12 setiap 1GB.

Pelan internet pada Hotlink FAST ini bermula daripada RM 30 untuk 2GB (1GB rangkaian lain + 1GB rangkaian 4G) dan lain-lain pas seperti dibawah.

maxis-hotlink-fast-plan

Selain itu, Hotlink FAST juga hadir dengan kadar panggilan dan sms yang rata ke semua rangkaian iaitu hanya 6 sen setiap 30 saat dan 1 sen SMS (melalui Activ10)

Melalui pelan prabayar terbaru Maxis ini iaitu Hotlink FAST, Maxis juga menjanjikan bahawa anda tidak akan menghadapai masalah buffering ketika membuat tontonan di YouTube hampir 96% setiap masa.

Hotlink FAST ini kini sudah mula ditawarkan di pengedar Hotlink dan pusat Maxis yang berhampiran dengan anda.

Pek permulaan Hotlink FAST ini ditawarkan pada harga RM 15 dan akan mempunyai kredit pra-muat RM 5 selain 300MB internet berkelajuan tinggi.

Bagi pelanggan Hotlink yang berada dibawah pelan lain, anda juga boleh beralih kepada pelan ini dengan melakukan langkah-langkah seperti berikut : pergi ke ‘My Account’ dan memilih ‘Change’ di sebelah ‘Rateplan’ atau mendali *100*6*1#

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.