Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Enjoy 5S dilancarkan 3 Disember ini

Huawei Enjoy 5s

Selepas pelancaran Huawei Mate 8 minggu lalu kami menganggap bahawa portfolio telefon pintar Huawei bagi tahun ini telah selesai namun ianya tidak tepat apabila satu lagi model akan dilancarkan minggu hadapan.

Huawei telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan satu lagi model telefon pintar baru dibawah model Enjoy iaitu Enjoy 5S.

Huawei telah membuat pengumuman rasmi mengenai pelancaran Enjoy 5S pada 3 Disember ini melalui akaun Weibo Huawei.

Berdasarkan gambar yang telah dipaparakan, Huawei Enjoy 5S dijangka akan hadir dengan reka bentuk berasaskan keluli dan satu lagi gambar yang dimuat turun di akaun Weibo juga mendedahkan bahawa model Enjoy 5S ini akan memilki sokongan dwi-SIM dan slot microSD.

Selain dua maklumat utama ni, Huawei belum mengesahkan sebarang speisfikasi yang akan dimiliki oleh telefon pintar Huawei Enjoy 5S.

Huawei Enjoy 5S dijangka akan hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.2-inci,pemproses HiSilicon Kirin 935, 3GB RAM, dan 64GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Huawei Enjoy 5S dijangka akan hadir dengan kamera utama 13MP manakala kamera hadapan adalah 8MP.

Huawei Enjoy 5S juga akan hadir dengan sistem operasj Emotion UI yang berasaskan Android 5.1 Lollipop.

Huawei Enjoy 5S dijangka akan hadir dengan harga penjualan yang menarik dan mungkin ditawarkan di pasaran China terlebih dahulu sebelum memasuki pasaran antarabangsa.

sumber

image

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.