Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone Selfie Deluxe kini dijual di China

asus zenfone selfie deluxe

Jika anda masih ingat, Asus telah memperkenalkan model Asus ZenFone 2 yang lebih premium dengan kapasiti memori simpanan dalaman yang besar iaitu versi khas Asus ZenFone 2 Deluxe dan nampaknya versi ini akan juga diperkembangkan kepada model Asus ZenFone yang lain.

Asus Zenfone Selfie yang memfokuskan kepada teknologi kamera kini hadir dengan edisi Deluxe dengan 3GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Model Asus ZenFone Selfie yang baru ini akan mempunyai reka bentuk seperti Asus ZenFone 2 Deluxe dengan panel belakang 3D Poligon Kristal dan hadir didalam warna yang pasti digemari wanita iaitu warna merah jambu.

Model ZenFone Selfie Deluxe ini juga akan hadir dengan skrin paparan 5.5-inci dengan resolusi 1080p, pemproses Snapdragon 615, bateri berkapasiti 3,000mAh dan dua unit kamera 13MP pada bahagian hadapan dan belakang yang turut disertakan dengan flash Led.

Sebagai perbandingan, model biasa Asus ZenFone Selfie yang kini ditawarkan di Malaysia mempunyai harga penjualan RM 1049 dan hadir dengan kapasiti memori simpanan dalaman 32GB.

Asus ZenFone Selfie Deluxe ini masih belum diumumkan secara rasmi akan kewujudanya oleh Asus namun ZenFone Selfie Deluxe ini kini ditawarkan di pasaran China.

Buat masa ini tiada sebarang maklumat samada model ZenFone Selfie Deluxe ini akan memasuki pasaran antarabangasa termasuk Malaysia

Sekiranya memasuki pasaran Malaysia, Asus ZenFone Selfie Deluxe ini dijangka akan mempunyai harga penjualan sekitar RM 1,399 termasuk GST.

sumber

asus zenfone selfie deluxe-1

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.