Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo R7S Plus dengan 4GB RAM dikesan di TENAA

oppo-r7s-plus-malaysia

Selepas pelancaran Oppo R7S pada bulan Oktober yang lalu, telah kedengaran berita bahawa Oppo akan juga melancarkan Oppo R7S Plus yang hadir dengan spesifikasi yang lebih baik.

Oppo R7S Plus kini telah mendapat pengesahan daripada agensi TENAA di China dan model ini dijangka akan memasuki pasaran tidak lama lagi.

Walaupun tiada sebarang spesifikasi model ini disenaraikan di TENAA, Oppo R7S Plus dijangka akan hadir dengan 4GB RAM dan dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 32GB dan 64GB.

Selain itu, Oppo R7S Plus juga dijangka akan hadir dengans krin paparan 6.0-inci dengan resolusi 1080p dan skrin ini akan mempunyai lapisan gelas 2.5D yang sama seperti model Oppo didalam siri R7 ini.

Selain itu, Oppo R7S Plus juga dijangka akan hadir dengan jenis pemproses yang sama iaitu pemproses Snapdragon 615 daripada Qualcomm namun terdapat juga laporan bahawa Oppo R7S Plus mungkin melancarkan satu lagi versi yang dilengkapi pemproses Helio X10 daripada MediaTek.

Pada bahagian kamera pula, Oppo R7S Plus dijangka akan hadir dengan kamera utama 13MP manakala kamera hadapan adalah 8MP.

Selain itu, Oppo R7S Plus dikatakan akan hadir dengan bateri berkapasiti 4,100mAh dengan teknologi pengecasan ikonik VOOC.

Oppo R7S Plus dengan pemproses Snapdragon 615 dijangka akan mempunyai harga penjualan CNY 3,299 iaitu sekitar RM 2,195. Selain itu, tiada sebarang maklumat mengenai harga penjualan bagi versi yang hadir dengan pemproses Helio X10.

sumber

oppo r7s plus tenaa-2 oppo r7s plus tenaa oppo r7s plus tenaa-3

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.