Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Acer secara rasminya melancarkan tiga telefon pintar siri Liquid Z- dari RM 439

acer-malaysia-liquid-z-series

Acer secara rasminya telah memperkenalkan tiga model telefon pintar terbaru mereka didalam siri Liquid Z ke pasaran tempatan.

Tiga model yang kami maksudkan adalah Acer Liquid Z330, Z530 dan Z630. Ketiga-tiga model Liquid Z ini hadir dengan harga penjualan yang berpatutan.

acer-malaysia-liquid-z-series-1
Bercakap mengenai model paling murah didalam siri ini iaitu Acer Liquid Z330 yang hadir dengan skrin paparan FWVGA berukuran 4.5-inci dengan teknologi Acer BlueLightSheild, pemproses Snapdragon 210, 1GB RAM, 8GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,000mAh.

Selain itu, Z330 juga hadir dengan kamera hadapan dan belakang (mempunyai flash LED) 5MP, sokongan 4G LTE, dwi SIM, slot microSD, pembesar suara DTS dan dengan UI Acer Liquid berasaskan Android 5.1 Lollipop.

Acer Liquid Z300 kini ditawarkan di Malaysia didalam dua warna iaitu hitam dan putih dengan harga penjualan RM 439.

acer-malaysia-liquid-z-series-2

Beralih kepada model Acer Liquid Z530 pula, model ini hadir dengan skrin paparan IPS HD berukuran 5.0-inci, pemprosea MediaTek MT 6735, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,420mAh.

Acer Liquid Z530 juga hadir dengan kamera utama 8Mp f/1.8 yang disertakan dengan flash LED, kamera hadapan 8MP dengan lensa lebar 84 darjah, sokongan 4G LTE, pembesar suara DTS dibahagian belakang, slot microSD sokongan dwi-SIM dan UI Acer Liquid dan AcerFLOAT berasaskan Android 5.1 Lollipop.

Acer Liquid Z530 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu putih dan hitam dengan harga penjualan RM 559.

acer-malaysia-liquid-z-series-4

Beralih kepada model ketiga dan yang terbaik didalam siri Acer Liquid Z yang dilancarkan hari ini iaitu Z630 . Model ini hadir dengan skrin paparan  IPS HD 720p berukuran 5.5-inci ( 267ppi), pemproses MediaTek MT6735, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,000mAh.

Selain itu, telefon pintar ini juga hadir dengan kamera utama 8MP dengan f/1.8, kamera selfie lensa lebar 8MP, slot microSD, sokongan 4G LTE dwi-SIM dan UI Acer Liquid dan AcerFLOAT berasaskan Android 5.1 Lollipop.

Acer Liquid Z630 ini juga akan ditawarkan didalam dua warna iaitu kelabu dan perak dengan harga penjualan RM 659.

acer-malaysia-liquid-z-series-3

Acer Liquid Z630

acer-malaysia-liquid-z-series-z630-3 acer-malaysia-liquid-z-series-z630 acer-malaysia-liquid-z-series-z630-2 acer-malaysia-liquid-z-series-z630-1

Acer Liquid Z530

acer-malaysia-liquid-z-series-z530 acer-malaysia-liquid-z-series-z530-1 acer-malaysia-liquid-z-series-z530-2 acer-malaysia-liquid-z-series-z530-3 acer-malaysia-liquid-z-series-z330-4

Acer Z330

acer-malaysia-liquid-z-series-z330 acer-malaysia-liquid-z-series-z330-1 acer-malaysia-liquid-z-series-z330-3

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.