Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Honor menganjurkan kempen pemberian hadiah ‘Thanksgiving’

image
Jenama Honor daripada Huawei yang menawarkan telefon pintar premium pada harga penjualan yang lebih rendah akan mengadakan satu kempen yang memberikan ganjaran kepada pelanggan setia mereka yang pernah membeli produk Honor melalui laman sesawang atas talian VMALL.MY.

Kempen ini diadakan sempena perayaan ‘Thanksgiving’ dan menghargai sokongan rakyat Malaysia kepada jenama Honor yang telah berada di pasaran Malaysia sejak 18 bulan lalu.

Untuk melayakkan anda memenangi hadiah istimewa daripada Huawei Honor ini, anda hanya perlu menjawab satu ujikaji ringkas.

Kempen ini adalah permulaan kepada kempen penjualan hujung tahun karnival krismas yang akan diadakan pada bulan Disember ini. Honor akan memberikan hampir 10 juta bauchar dan hadiah kepada pelanggan VMALL.MY sempena kempen ‘Thanksgiving’ ini.

Ujikaji ini akan dihantar kepada pelanggan VMall yang pernah membeli peranti Honor pada laman sesawang mereka mulai 26 November ini. Selain bauchar RM 50, pengguna yang telah membeli peranti Honor sekali akan menerima kad Chatime RM 10 selepas selesai menjawab soalan ujikaji manakala bagi pelanggan VIP VMall, mereka akan menerima Honor Earphone bernilai RM 98 secara percuma selepas menyelesaikan ujikaji ini.

Selain itu, bagi pelanggan yang membeli produk Honor daripada wakli pengedar sah atau laman sesawang pihak ketiga seperti Lazada, anda juga boleh menyertai ujikaji ‘Thanksgiving’ ini.

Apa yang anda perlu lakukan adalah, daftarkan satu akaun di VMall.my dan selesaikan ujikaji disertakan dengan nombor IMEI peranti Honor mereka untuk melaykkan mereka menerima hadiah ini.

Pendaftaran ini boleh dilakukan mulai 26 November sehingga 9 Disember.

Bauchar RM 50 yang disertakan ini hanya boleh digunakan ketika karvinal penjualan krismas yang akan diadakan mulai 10 Disember sehingga 12 Disember 2015.

maklumat lanjut di VMall.my

imageimage

image

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.