Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

LG Nexus 5X dilaporkan mempunyai masalah ‘Lag’

lg nexus 5x malaysia

Nexus 5X keluarkan LG hadir ke pasaran telefon pintar sebagai pengganti kepada antara telefon pintar Nexus terbaik pernah dilancarkan iaitu Nexus 5 dan seperti Nexus 5, Nexus 5X juga telah dikeluarkan oleh Google dengan kerjasama LG.

Selepas beberapa bulan dipasaran, satu demi satu masalah daripada model Nexus 5X mula timbul.

Salah satu masalah yang anda tidak akan jangka daripada peranti Android dengan sistem operasi Google yang asli iaitu ‘lag’ juga dilihat menghantui Nexus 5X.

Masalah Nexus 5X ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu penyulitan data, operasi kamera yang lambat, pemproses yang tidak optimum dan lag.

Masalah dengan penyulitan data ini adalah, telefon pintar ini dilihat tidak mempunyai kemampuan untuk melakukan penyulitan data yang memerlukan kuasa pemprosesan yang tinggi.

Dari segi kamera pula, Nexus 5X yang hadir dengan mod HDR+ yang mampu mengambil gambar HDR yang lebih berkualiti tinggi nampaknya tidak mampu melakukan tugas ini apabila beberapa gambar diambil secara berturut-turut. Aplikasi kamera dikatakan berhenti buat masa yang lama.

Masalah ketiga yang dilaporkan adalah prestasi pemprosesan yang menunjukkan bahawa Nexus 5X tidak mampu mengekalkan kelajuan pemprosesan yang dimiliki oleh cip Snapdragon 808 ini. Walaubagaimanapun, ujian telah membuktikan bahawa pemproses Snapdragon 808 bukanlah punca sebenar masalah ini kerana telefon pintar lain dengan cip pemprosesan yang sama tidak menghadapi masalah ini.

Akhir sekali, lag, ini adalah pertama kali saya secara peribadi mendengar lag pada telefon pintar Google dan nampaknya kes lag ini sangat teruk pada Nexus 5X sehingga model Nexus 5 yang berusia hampir 24 bulan mampu melakukan tugas yang diberikan dengan lebih pantas.

Walabagaimanapun, isu ini mungkin terhad pada beberapa unit yang mungkin hadir dengan masalah perkakasan atau perisian dalaman.

sumber : PhoneArena

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.