• Home »
  • TM »
  • TM membuka tempahan bagi PS4 edisi khas Star Wars

TM membuka tempahan bagi PS4 edisi khas Star Wars

telekom-malaysia-tempahan-ps4-edisi-khas-star-wars-force-awakens

Siri filem Star Wars yang terbaru iaitu Star Wars : The Force Awakens akan mula memasuki pawagam diseluruh dunia dan Malaysia pada bulan Disember ini dan sebagai meraikan satu filem yang ikonik ini TM telah membuka tempahan untuk konsol permainan Sony PlayStation 4 edisi khas Star Wars.

Tempahan bagi konsol permainan edisi khas Star Wars ini ditawarkan khas kepada pelanggan TM Unifi Advance Plan yang baru mahupun pelanggan sedia ada.

Dengan pembelian PlayStation 4 edisi Star Wars ini anda akan menerima satu set permainan Star Wars : Battlefront, konsol dengan ukiran watak Star Wars dan alat kawalan jauh direka khas.

Tempahan bagi edisi khas PlayStation 4 Star Wars ini dibuka sehingga 1 Disember akan tamat pada pukul 3 petang hari tersebut ( selasa hadapan).

TM tidak mengumumkan sebarang maklumat mengenai harga penjualan konsol permainan Sony PlayStation 4 edisi terhad ini namun .

Sony PlayStation 4 ini akan hadir dengan jaminan waranti satu tahun daripada Sony dan sebagai tambahan kepada edisi terhad, model ini juga hadir dengan langganan 12 bulan PlayStation Plus dan beberapa kad bauchar Star Wards Classic yang memberikan pembeli akses kepada permainan video Star Wars sebelum ini seperti Super Star Wars, Star Wards Racer Revenge, Star Wars Jedi Starfighter dan Star Wars Bounty Hunter. maklumat lanjut disini

sumber

Comments

comments

Share