Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Penjualan Samsung Gear S2 dibuka esok – dari RM 1,399

samsung-gear-s2-malaysia

Samsung Gear S2 telah dibuka untuk tempahan pada 20 November sebelum habis ditempah didalam masa 16 sahaja.

Berita baik bagi anda yang tidak berjaya memiliki jam pintar Gear S2 ini ketika tempahan dibuka, mulai 27 November iaitu esok, Samsung Malaysia akan mula menawarkan jam pintar terbaru Samsung Gear S2 ini dikesemua pengedar sah Samsung diseluruh negara.

Samsung Gear S2 yang hadir dengan sistem operasi Tizen ini kini sudah mula boleh digunakan pada peranti Android yang lain dan tidak hanya terhad bagi peranti Samsung.

Bagi peranti Android, terdapat beberapa syarat yang membolehkan jam pintar ini digunakan pada peranti Android anda iaitu ianya haruslah memiliki sistem operasi Android 4.4 KitKat dan keatas dan jumlah RAM yang harus dimiliki sekurang-kurangnya 1.5GB RAM.

Beralih kepada spesifikasi Gear S2 ini, kedua-dua jam pintar ini hadir dengan skrin paparan bulat Super AMOLED berukuran 1.2-inci, pemproses dual-core 1.0GHz, 512MB RAM dan 4GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Gear S2 juga hadir dengan sistem operasi Tizen OS dan buat masa ini hanya boleh digunakan dengan telefon pintar Samsung dan Android sahaja namun peranti iOS dijangka akan mendapat sokongan ini menjelang tahun hadapan.

Gear S2 akan hadir dengan tali jam berwarna putih dan kelabu dan anda akan mendapat dua tali untuk pengunaan lengan saiz yang berbeza.

Bagi versi klasik pula, ianya akan hadir dengan tali jam berasakan kulit asli dan kedua-dua versi Gear S2 ini juga hadir dengan pensijilan kalis air IP68.

sempena pelancaran Gear S2 di Malaysia, Samsung telah mengadakan satu bengkel eksperimen yang memberikan pihak media bukti keupayaan sebenar Gear S2 ini.

samsung-gear-s2-malaysia-4 samsung-gear-s2-malaysia-3 samsung-gear-s2-malaysia-2 samsung-gear-s2-malaysia-1

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.