Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus X kini dibuka untuk tempahan melalui Lazada – RM 1,288

oneplusx

Telefon pintar terbaru daripada OnePlus iaitu OnePlus X nampaknya akan tiba ke pasaran Malaysia tidak lama lagi apabila tempahan bagi telefon pintar ini telah dibuka di Lazada.

OnePlus X ini ditawarkan secara rasmi oleh Brightstar Malaysia dengan harga penjualan RM 1,288 termasuk GST dan penghantara akan mula dilakukan mulai 4 Disember ini.

Menariknya ini adalah kali pertama peranti OnePlus ditawarkan tanpa sebarang mekanisma kod jemputan dan juga pertama kali ditawarkan secara rasmi oleh syarikat lain selain Maxis yang mempunyai hak eksklusif bagi OnePlus One dan OnePlus Two.

OnePlus X yang ditawarkan oleh Lazada ini adalah versi hitam onyx mempunyai harga penjualan RM 1,288 dan anda boleh mendapatkan diskaun tambahan RM 25 dengan menggunakan kod oneplusx25 ketika menyelesaikan pembelian.

Bercakap mengenai spesifikasi yang dimiliki oleh OnePlus X, OnePlus X hadir dengan skrin paparan AMOLED HD Penuh 5.0-inci, pemproses Snapdragon 801, 3GB RAM dan 16GB memori dan buat pertama kali dalam telefon pintar OnePlus, slot microSD disertakan dengan sokongan sehingga 128GB, bateri berkapasiti 2,525 mAh.

Selain itu, OnePlus X juga akan hadir dengan sokongan dwi-SIM, kamera utama 13MP, kamera selfie 8MP dan hadir dengan slot USB biasa dan bukanya USB Type-C seperti pada OnePlus Two

Selain itu, OnePlus X juga kehilangan butang home sekaligus kehilangan sensor pengesan capjari. dari segi perisian pula, OnePlus X hadir dengan sistem operasi Android 5.5.1 yang dengan OxygenOS.

tempahan bagi OnePlus X boleh dilakukan disini : OnePlus X Lazada Malaysia

sumber

oneplus-x-lazada-malaysia-preorder

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.