Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

LG Ray X190 dilancarkan secara rasmi

lg rayx190

LG secara rasminya telah melancarkan model kelas pertengahan terbaru mereka iaitu LG Ray X190.

LG Ray X190 hadir dengan reka bentuk yang sama seperti LG G4 dengan panel belakang seperti aluminium yang digilap.

LG Ray X190 hadir dengan skrin paparan IPS 720p berukuran 5.5-inci dengan kepadatan piksel 267ppi, pemproses MT6592M daripada MediaTek, 1GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, LG Ray X190 juga hadir dengan kamera utama 13MP, kamera selfie 8MP dan bateri berkapasiti 3,000mAh yang dijanjikan mampu menawarkan jangkat hayat bateri sehingga 10 jam.

Selain itu, sedikit mengecewakan adalah telefon pintar ini tidak menyokong rangkaian 4G LTE(3G) namun terdapat model dengan slot dwi-SIM.

LG Ray X190 hadir dengan Android 5.1 Lollipop dan telah mewarisi fungsi-fungsi dari siri G LG seperti ‘Knock Code’ dan ‘Gesture Shot’.

LG Ray X190 telah diumumkan untuk penjualan di Rusia dengan harga penjualan RUB 15,000 iaitu sekitar RM 963. Seperti kita sedia maklum, harga penjualan di Rusia kebiasaanya dijual lebih tinggi berbanding di pasaran lain.

LG Ray X190 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu warna perak, emas dan hitam. maklumat penjualan dan harga bagi pasaran lain akan diumumkan apabila pelancaran tempatan negara itu diadakan.

bagi kami LG X190 dilihat tidak mampu bersaing didalam pasaran telefon pintar tempatan kerana terdapat telefon pintar yang hadir dengan spesifikasi yang lebih baik pada harga yang lebih murah jika dibandingkan dengan telefon pintar ini.

sumber

lg rayx190 malaysia-1 lg rayx190 malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.