Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Fossil melancarkan jam pintar pertama mereka iaitu Q-Founder

fossil q-founder smartwatch-3

Jenama Fossil adalah jenama mempunyai pelbagai portfolio perniagaan perhiasan pengguna termasuk jam tangan konvesional. Pada Oktober yang lalu, Fossil telag memperkenalkan jam pintar pertama syarikat ini iaitu Fossil Q Founder yang merupakan jam pintar Android Wear yang dilancarkan dengan kerjasama antara jenama ini dengan Intel.

Fossil Q Founder telah dilancarkan secara rasmi iaitu sebelum musim percutian dengan harga penjualan $295 (RM 1,241) dan kini sudah boleh dibeli melalui laman sesawang rasmi Fossil ini.

Jam pintar Q-Founder daripada Fossil ini hadir dengan reka bentuk panel dan tali jam berasaskan keluli dan boleh digunakan pada peranti pintar dengan sistem operasi Android 4.4 ke atas dan peranti Apple iPhone 5/ iOS8 dan ke atas ( dengan aplikasi Android Wear) melalui Bluetooth 4.1

Fossil Q juga hadir dengan kebolehan untuk merekod jumlah langkah yang dilakukan dan jumlah kalori yang telah dibakar melaui fungsi Q Tracker.

Selain itu, jam pintar Fossil Q ini hadir dengan bateri berkapasiti 400mAh ( Fossil menjanjikan bateri ini mampu bertahan sehingga 24 jam) , 4GB memori simpanan dalaman dan pensijilan IP67 yang membolehkanya berada didalam air sehingga 3 kaki dalam selama 30 minit.

Dengan latar belakang Fossil pada rekaan unik, Fossil mengelar Q Founder sebagai kombinasi reka bentuk yang dan fungsi pengunaan yang baik.

Q Founder kini boleh dibeli dari laman sesawang rasmi Fossil namun nampaknya model ini tidak ditawarkan untuk penghantara antarabangsa dan jika ianya ditawarkan sekali pun, Malaysia tidak tersenarai sebagai antara negara yang  diliputi didalam penghantaran antarabangsa.

fossil q-founder smartwatch fossil q-founder smartwatch-1 fossil q-founder smartwatch-4 fossil q-founder smartwatch-5 fossil q-founder smartwatch-6 fossil q-founder smartwatch-2

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.