Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Gambar Huawei Mate 8 didedahkan sepenuhnya

huawei mate 8 malaysia-1

Walaupun baru sahaja melancarkan Huawei Mate S beberapa minggu lalu, syarikat China ini dilihat belum selesai lagi melancarkan portfolio produk mereka apabila telah disahkan akan melancarkan Huawei Mate 8 yang merupakan pengganti kepada Ascend Mate 7 pada 26 November ini.

Dengan pelancaran Huawei Mate 8 hanya berbaki satu hari sahaja lagi, tidak mengejutkan apabila gambar reka bentuk telefon pintar ini telah mula disebarkan di China sekaligus memberikan kita gambaran model terbaru Huawei ini.

Huawei yang gemar menggunakan reka bentuk keluli pada telefon pintar mereka juga akan mengekalkanya pada Huawei Mate 8 dan ianya akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu kelabu, emas dan tembaga.

Gambar ini juga mengesahkan bahawa Huawei Mate akan hadir dengan sensor capjari pada bahagian belakang ( dibawah kamera), satu bulatan keluli yang mengelilingi kamera dan dua pembesar suara yang dipisahkan dengan slot microUSB pada bahagian bawah.

Skrin paparan Huawei Mate 8 dilihat seperti skrin paparan gelas 2.5D, panel sisi skrin yang sangat nipis dan mungkin mempunyai nisbah skrin kepada rangka yang lebih tinggi berbanding mana-mana peranti Android didalam kelasnya.

Beralih kepada spesifikasi yang dijangka akan dimiliki oleh Huawei Mate 8 ini, ianya akan memiliki skrin paparan 6.0-inci dengan resolusi 1080p, pemproses Kirin 950, kamera utama 16 atau 20MP, kamera selfie 8MP, dua pilihan RAM iaitu 3GB atau 4GB yang disertakan dengan 32GB atau 64GB memori simpanan dalaman, bateri berkapasiti 4,100mAh dan dengan UI Huawei Emotion yang berasaskan Android Marshmallow.

Segala maklumat rasmi daripada majlis pelancaran Huawei Mate 8 ini akan kami laporakan khas untuk anda esok.

huawei mate 8 malaysia huawei mate 8 malaysia-3 huawei mate 8 malaysia-4

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.