Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ifix kini menawarkan perkhimatan muat turun & tonton secara offline

Iflix malaysia
iflix, penyedia perkhimatan internet TV terkemuka di Asia Tenggara kini menawarkan pengguna perkhimatan ini akses untuk memuat turun rancangan dan filem kegemaran anda secara ‘offline’. Ifilx mendakwa mereka adalah penyedia TV Internet pertama didunia untuk menawarkan ciri tontonan offline ini.

iFlix yang hanya berusia 6 bulan kini mempunyai 850,000 pengguna dan perkhimatan terbaru ini akan membolehkanya mencapai pertumbuhan yang lebih baik.

Perkhimatan muat turun dan tonton secara offline ini ditawarkan pada kedua-dua platform Android dan iOS dimana apabila anda memuaturun sesuatu rancangan atau filem, kandungan tersebut akan mempunyai jangka hayat 7 hari sebelum fail video ini dipadam secara automatik ( disimpan didalam telefon pintar atau tablet anda) dan jika anda telah mula menonton anda mempunyai masa 48 jam untuk menghabiskan tontonan tersebut.

Dengan fungsi memuat turun dan tonton secara offline ini pengguna mampu menikmati rancangan kegemaran mereka dimana sahaja walaupun tidak mempunyai sambungan kepada internet.

Selain itu, iFlix juga telah berkerjasama dengan syarikat telekomunikasi Digi dan Ketua Pegawai Operasi iflix, Azran Osman-Rani berkata mereka juga telah berkerjasama dengan beberapa lagi syarikat telekomunikasi di Malaysia dan pengumuman rasmi akan dilakukan didalam masa terdekat.

Selain tontonan melalui telefon pintar dan tablet, pengguna iflix juga kini boleh menonton rancangan kegemaran mereka pada skrin besar (TV) dengan intergasi Google Chromecast.

Perkhimatan iflix ini kini ditawarkan di pasaran Malaysia, Thailand dan Filipina dengan lebih banyak pasaran Asia Tenggara berada didalam perancangan.

iflix ditawarkan pada langganan RM 8 sebulan( sehingga 5 peranti setiap akaun) dan dengan membayar langganan bulanan ini anda boleh menikmati kesemua rancangan kegemaran anda tanpa sebarang iklan. maklumat penuh disini

image image image image

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.