Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo X6 Plus kini telah mendapat pengesahan TENAA

vivo x6 and vivo xshot 3

Minggu lalu Vivo telah mengesahkan bahawa Vivo X6 akan dilancarkan secara rasmi pada 30 November ini dan tidak setakat itu, syarikat pengeluar telefon pintar China ini juga mengesahkan satu lagi model lain akan dilancarkan bersama-sama Vivo X6.

Sebelum ini Vivo X6 telah mendapat pensijilan daripada agensi TENAA dan kini satu lagi versi X6 iaitu X6 Plus telah juga mendapat pensijilan daripada agensi telekomunikasi ini.

Selain itu, pada versi Vivo X6Plus ini akan mempunyai dua model yang berlainan iaitu Vivo X6Plus L dan Vivo X6Plus D. walaubagaimanapun, penyenaraian pada TENAA ini tidak mendedahkan sebarang maklumat spesifikasi dan reka bentuk satu lagi telefon pintar Vivo X6 ini.

Khabar angin mengatakan Vivo X6 Plus akan hadir dengan skrin paparan QHD berukuran 5.7-inci, pemproses MediaTek Helio X10, 4GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,000mAh. Selain itu, model Plus Vivo X6 ini juga akan hadir dengan kamera utama 21MP manakala kamera selfie model ini adalah 12MP.

Pelancaran Vivo ini akan berlangsung pada 30 November ini iaitu hanya 7 hari sahaja lagi dan kami akan membawakan anda laporan penuh mengenai pelancaran Vivo X6 dan versi-versi yang lain khas untuk anda.

Vivo X6 dan X6Plus dijangka akan memasuki pasaran Malaysia pada awal tahun hadapan dan dengan penjualan kurang dari RM 2,000.

vivo-x6-tenaa-mobilefokus

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.