Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo A33 dilancarkan secara rasmi – sekitar RM 1,000

oppo a33

Oppo secara rasminya telah melancarkan satu lagi model dengan spesifikasi rendah iaitu Oppo A33 yang telah mendapat pengesahan TENAA pada bulan September.

Oppo A33 dilancarkan ke pasaran hanya beberapa minggu selepas Oppo melancarkan Oppo Neo 7 yang juga hadir dengan harga penjualan yang berpatutan dan kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 798

Oppo A33 hadir dengan skrin paparan TFT berukuran 5.0-inci (960×540 piksel) dengan kepadatan piksel 220ppi, pemproses Qualcomm Snapdragon 410 berkelajuan 1.2GHz, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan slot microSD yang menyokong sehingga 128GB.

Selain itu, Oppo A33 juga hadir dengan kamera utama 8MP, kamera selfie 5MP, bateri berkapasiti 2,400mAh dan hadir dengan ColorOS 2.1 yang berasaskan Android 5.1 Lollipop.

Oppo A33 yang mempunyai ukuran dimensi 142.7 × 71.7 × 7.55 (mm) dengan berat 146 gram ini juga hadir dengan fungsi perghubungan asas seperti Bluetooth 4.0, MicroUSB 2.0, sokongan 4G LTE, Wi-Fi, dan GPS/A-GPS.

Oppo A33 telah mula dijual di pasaran China dengan harga penjualan CNY 1,499 iaitu sekitar RM 1,004 dan hadir didalam dua warna iaitu hitam dan putih.

Buat masa ini, Oppo A33 dilihat hanya akan ditawarkan secara ekslusif di China namun Oppo mempunyai hasrat untuk menawarkanya pada pasaran antarabangsa seperti Malaysia, harga penjualan model ini mesti lebih murah disini.

oppa a33-5 oppa a33-4 oppa a33-3 oppo a33-2 oppa a33-1

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.