Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kamera Aksi Elephone Explorer kini dibuka untuk tempahan

Elephone Explorer Malaysia

Elephone yang kini mula mengembangkan perniagaanya ke pasaran Malaysia nampaknya akan menawarkan satu lagi peranti terbaru mereka.

Selepas membuka tempahan bagi Elephone Vowney dan Vowney Lite di pasaran Malaysia, Elephone kini telah membuka tempahan bagi kamera aksi mereka yang dikenali sebagai Elephone ELE Explorer.

Kamera aksi Elephone Explorer ini adalah sama seperti kamera aksi GoPro namun pada harga yang lebih rendah.

Elephone Explorer ini kini dibuka untuk tempahan dengan harga istimewa RM 299 berbanding harga asal RM 389. Tempahan dengan harga istimewa ini dibuka sehingga 30 November ini dengan penghantaran bermula pada 10 Disember ini.

Selain itu, tidak seperti kamera aksi yang lain dimana setiap aksesori tambahan dijual secara berasingan, Elephone Explorer ini hadir lengkap dengan kesemua aksesori khas untuk pengunaan didalam pelbagai keadaan dan sukan lasak yang berbeza.

Elephone Explorer ini hadir dengan skrin paparan 2.0-inci, pemproses Aliwinner Technology V3, sensor kamera OV CMOS, bateri berkapasiti 900mAh( pengecasan penuh mengambil 2 jam), sokongan WiFi dan menyokong slot microSD yang menyokong sehingga 64GB dan slot microSD.

Kamera aksi ini hadir dengan sokongan video 4K(3840*2160)15fps, 2.7K(2688*1520)30fps, 1080P(1920 x 1080)60fps/30fps, 720P(1280*720) 120fps/60fps/30fps manakala resolusi gambar yang boleh diambil melalui kamera aksi ini adalah 16M/14M/12M/10M/8M/5M

Tempahan bagi Elephone Explorer ( didalam dua warna hitam dan perak) kini boleh dilakukan disini atau melalui pengedar sah Elephone Malaysia.

image

image

image

image

image

image

image

image

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.