Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo akan melancarkan satu lagi model bersama-sama X6

vivo x6 and vivo xshot 3

Vivo yang telah mengesahkan bahawa telefon pintar terbaru mereka iaitu Vivo X6 akan dilancarkan secara rasmi pada 30 November ini nampaknya masih belum selesai mendedahkan maklumat mengenai majlis pelancaran mereka ini.

Terbaru, Vivo melalui akaun Weibo mereka telah memuat turun satu gambar yang mendedahkan bahawa lebih daripada satu model telefon pintar akan dilancarkan pada majlis pelancaran X6.

Walaupun tiada sebarang maklumat rasmi mengenai satu lagi model yang akan dilancarkan ini, ianya dilihat akan hadir dengan reka bentuk yang hampir sama dengan X6.

Vivo xshot 3 malaysia

Vivo XShot 3 dilihat calon yang sesuai untuk dilancarkan bersama-sama Vivo X6 kerana model ini telah mula tersebar di Weibo yang mana model ini dilihat akan hadir dengan kerjasama National Geographic.

Sebab utama kerjasama dengan National Geographic adalah kerana telefon pintar XShot lebih memfokuskan kepada kamera dan kamera ini mungkin telah digunakan oleh jurugambar majalah National Geographic.

Vivo XShot dijangka akan hadir dengan kamera utama 20MP yang hadir dengan antara unit sensor paling besar di pasaran telefon pintar, sensor capjari yang sama seperti pada Vivo X6 dan reka bentuk yang berasaskan keluli.

Tarikh 30 November kini menjadi lebih menarik kerana lebih daripada satu model daripada Vivo akan dilancarkan.

Vivo X6 dan satu model baru ini dijangka akan memasuki pasaran Malaysia pada awal tahun hadapan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.