Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi kini mula mendedahkan kewujudan Mi Pad 2

xioami mi pad 2

Seperti yang kita sedia maklum, Xiaomi akan mengadakan satu majlis pelancaran pada 24 November ini dan nampaknya Xiaomi akan melancarkan beberapa peranti pintar pada majlis ini.

Jika semalam, Lin Bin telah mendedahkan satu gambar panel belakang Redmi Note 2 Pro yang mengesahkanya sebagai salah satu model yang akan dilancarkan minggu hadapan dan kini, Lin Bin telah memuat turun satu lagi gambar mengenai pengganti Tablet Mi Pad iaitu Mi Pad 2.

Selain Lin Bin, Lei Jun juga telah mendedahkan bahawa lebih daripada satu model akan dilancarkan pada 24 November ini.

Gambar terbaru ini menunjukkan sisi tablet Mi Pad 2 dan model pengganti kepada generasi pertama tablet Mi telah lama diperkatakan dan akhirnya akan dilancarkan minggu hadapan.

Berdasarkan gambar ini kita boleh menyimpulkan bahawa Xiaomi Mi Pad 2 akan hadir dengan reka bentuk berasaskan keluli (Mi Pad hadir dengan reka bentuk berasaskan plastik polikarbonat) dan ianya sangat nipis. Selain itu, terdapat juga satu unit kamera yang tidak ditemani dengan flash LED ( sesuatu yang biasa buat tablet) dan butang suara dan kuasa juga diletakkan di sebeluah kiri.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi Xiaomi Mi Pad 2 didedahkan namun satu laporan sebelum ini mendedahkan bahawa Xiaomi Mi Pad 2 akan hadir dengan pemproses daripada Intel dan disertakan dengan 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Xiaomi Mi Pad 2 juga dijangka akan hadir dengan skrin paparan 7.9-inci yang sama seperti pada Mi Pad selain MIUI 7 dengan berasaskan Android Lollipop.

sumber

xiaomi event xiaomi event 24 nov

xiaomi event invitation

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.