Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Elephone Vowney kini dibuka untuk tempahan – RM 1,349

Elephone Vowney Malaysia Pre Order

Elephone, satu lagi syarikat pengeluar telefon pintar dari China nampaknya bakal memasuki pasaran Malaysia dan sebagai permulaan, Elephone akan membawa masuk telefon pintar utama Elephone Vowney dengan tempahan kini telah dibuka.

Elephone Vowney kini dibuka untuk tempahan dengan harga penjualan hanya RM 1,349 termasuk GST.

Elephone Vowney akan hadir dengan skrin paparan LTPS 2K berukuran 5.5-inci dengan kepadatan piksel 535ppi iaitu hampir 1.6 kali ganda berbanding Retina manusia.

Selain itu, Elephone Vowney juga hadir dengan pemproses octa-core Helio X10 berkelajuan 1.9GHz, 4GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,000mAh.

Selain itu, Elephone Vowney juga hadir dengan kamera utama 21MP Sony IMX230, Kamera selfie 8MP, sensor capjari pantas TouchID pada bahagian belakang, Bluetooth 4.1 dan Android 5.1 Lollipop.

Selain itu, Elephone Vowney juga hadir dengan sokongan 4G LTE, slot dwi-SIM (nano atau micro), Wi-Fi 802.11b/g/n ,Bluetooth v4.0 dan slot microSD sehingga 128GB.

Elephone Vowney akan mula dihantar kepada pembeli yang telah menempah mulai 5 Disember dan hadir dengan jaminan waranti 12 bulan dari Elephone Malaysia.

Elephone Vowney hanya ditawarkan didalam warna emas dan setiap pembelian model ini juga akan menerima gelas perlindungan tahan lasak, perkakas perlindungan dan maskod kecil Elephone.

Elephone Vowney boleh ditempah melalui laman sesawang id.com.my atau di kedai pengedar produk Elephone yang sah.

selain itu, Elephone Vowney juga dibuka untuk tempahan melalui Lazada pada harga penjualan yang sama iaitu RM 1,349.

untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran daripada Lazada anda boleh klik disini > Elephone Vowney Lazada

Elephone Vowney Lite Lazada Malaysia

Selain itu, bagi anda yang ingin sesuatu yang lebih berpatutan Elephone turut menawarkan Vowney Lite yang mempunyai harga penjualan RM 1,099 dan telah dibuka untuk tempahan melalui Lazada.

Elephone Vowney Lite hadir dengan reka bentuk yang sama seperti Vowney namun dengan spesifikasi dalaman yang berbeza.

Elephone Vowney Lite hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses HelioX10 berkelajuan 1.9GHz, 3G RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,000mAh.

Selain itu, Vowney Lite juga hadir dengan kamera utama 21MP, kamera selfie 8MP, sensor capjari Touch ID dengan pengesanan 360°, sokongan dwi-SIM dan berasaskan sistem operasi Android 5.1 Lollipop.

Bagi setiap pembelian Vowney Lite ini, pengguna juga akan menerima gelas perlindungan skrin dan perkakas pelindung secara percuma.

Anda boleh mendapatkan Elephone Vowney Lite melalui Lazada Malaysia di sini > Elephone Vowney Lite

Untuk senarai kedai pengedar produk Elephone yang sah sila lihat disini.

Elephone Vowney

Elephone Vowney 2k screen

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.