Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus VivoWatch kini dibuka untuk tempahan

asus vivowatch preorder malaysia

Asus Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa tempahan bagi jam pintar Asus VivoWatch akan dibuka di Malaysia mulai 21 November sehingga 22 November.

Asus VivoWatch ini hadir dengan sokongan bagi peranti Android dan peranti iOS dan ianya dilengkapi banyak ciri yang baik seperti perekod kadar degupan jantung 24jam, perekod kualiti tidur anda dan merupakan peranti kalis air dan habuk dengan pensijilan IP67.

Ianya hadir dengan skrin paparan berwarna 128×128 dengan perlidungan Corning Gorilla Glass 3, sensor UV, sensor degupan jantung optikal dengan teknologi Asus VivoPulse, bateri yang mampu bertahan sehingga 10 jam dan hanya memerlukan pengecasan selama 1-2 jam.

Walaupun telah mengesahkan tempahan ini telah dibuka, Asus Malaysia tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai harga penjualan Asus VivoWatch namun tempahan ini boleh dibuat di kedai elektronik All IT Hypermarket.

Berikut adalah lokasi kedai All IT Hypermarket yang menerima tempahan bagi Asus VivoWatch ini.
• Ikano Power Center
• IOI City Mall
• Low Yat Plaza
• PJ Digital Mall
• Suria KLCC

Bagi pasaran antarabangsa, Asus VivoWatch mempunyai harga penjualan $150 iaitu sekitar RM 639 dan harga penjualan di Malaysia juga dijangka berada sekitar harga tersebut.

Asus VivoWatch dijangka akan mula dihantar kepada pengguna selepas tempoh tempahan ini ditutup dan kami pasti lebih banyak maklumat mengenai jam pintar Asus VivoWatch ini akan dikeluarkan.

asus-vivowatch-preorder-malaysia-1 asus-vivowatch-preorder-malaysia-2 asus-vivowatch-preorder-malaysia-6 asus-vivowatch-preorder-malaysia-5 asus-vivowatch-preorder-malaysia-4 asus-vivowatch-preorder-malaysia-3 asus-vivowatch-preorder-malaysia-7

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.