Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 2 Pro disahkan akan dilancarkan 24 November ini

xiaomi mi note 2 pro back

Xiaomi awal minggu ini telah mengesahkan mereka akan mengadakan satu majlis pelancaran yang akan kita mungkinmenyaksikan Xiaomi memperkenalkan generasi baru telefon pintar utama mereka iaitu Mi 5 dan satu lagi mode didalam siri Redmi iaitu Redmi Note 2 Pro.

Dan nampaknya, pengerusi Xiaomi Lin Bin telah memuat turun satu gambar di Weibo yang mengesahkan bahawa model Redmi Note 2 Pro akan menjadi salah satu mode yang dilancarkan minggu hadapan.

Gambar yang dimuat turun Lin Bin ini adalah sama dengan gambar Redmi Note 2 Pro yang telah mendapat pengesahan TENAA.

Gambar ini juga selari dengan apa yang kita lihat pada model Redmi Note 2 Pro di TENAA seperti sensor capjari, reka bentuk berasaskan keluli dan warna lebih klasik.

xiaomi mi note 2 pro slim

Selain gambar panel belakang Redmi Note 2 Pro, Xiaomi juga telah memuat turun gambar yang mengatakan telefon pintar ini akan mempunyai reka bentuk yang nipis tanpa mengabaikan sebarang perkara penting yang harus dimiliki oleh telefon pintar.

Walaubagaimanapun, Setakat ini tiada sebarang berita atau ‘teaser’ mengenai Xiaomi Mi 5 sekaligus menimbulkan tanda tanya samada model ini akan dilancarkan bersama-sama Redmi Note 2 Pro minggu hadapan.

Menurut maklumat yang di ambil dari TENAA, Xiaomi Redmi Note 2 Pro ini jangka hadir dengan spesifikasi yang sama seperti Redmi Note 2 yang telah dilancarkan di Malaysia baru-baru ini.

Xiaomi Redmi Note 2 Pro hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses Helio X10, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,060mAh.

Selain itu, Redmi Note 2 Pro disahkan juga akan memiliki kamera utama 13MP, kamera selfie 5MP dan beroperasi dengan MIUI 7 yang berasaskan Android Lollipop.

Xiaomi Redmi Note 2 Pro ini dijangka mempunyai harga penjualan yang sedikit tinggi jika dibandingkan dengan Redmi Note 2, model ini mungkin ditawarkan pada harga sekitar RM 700 jika ianya memasuki pasaran Malaysia.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.