Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lenovo P1 & P1m kini ditawarkan di Malaysia

Lenovo vibe p1 mAlaysia

Lenovo Mobile Malaysia secara rasminya telah melancarkan Lenovo Vibe P1 dan Vibe P1m ke pasaran Malaysia dan kedua-dua model ini dijual pada harga yang berpatutan.

Lenovo Vibe P1 hadir dengan skrin paparan paparan IPS berukuran 5.5-inci (401ppi), pemproses Snapdragon 615, 2GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 5,000mAh ( dengan  teknologi pengecasan pantas Quick Charge).

Lenovo P1 juga hadir dengan kamera utama 13MP dengan lampu flash dwi-tona, kamera selfie 5MP, sokongan dwi-SIM, sokongan microSD dan berasakan Android 5.1 Lollipop.

Lenovo P1 kini ditawarkan di Malaysia melalui kesemua pengedar sah Lenovo dengan harga penjualan RM 1,199 dan ditawarkan didalam dua warna iaitu warna platinum dan kelabu.

Dalam pada itu, Lenovo P1m pula telah mula dibuka untuk tempahan oleh Lazada pada harga istimewa RM 599 minggu lalu dan sudah boleh didapati sekarang dengan harga penjualan runcit RM 649

Lenovo P1m hadir dengan skrin paparan IPS berukuran 5.0-inci(294ppi), pemproses Mediatek MT6735P berkelajuan 1.0GHz, 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Lenovo P1m juga hadir dengan kamera utama 8MP, kamera hadapan 5MP, bateri berkapasiti 4,000mAh, sokongan 4G LTE, USB OTG? Slot microSD, dwi-SIM dan Android 5.1 Lollipop.

Lenovo P1m juga akan ditawarkan oleh kesemua pengedar sah produk Lenovo mulai Disember dengan harga penjualan RM 649 dan didalam dua warna iaitu hitam dan putih.

kedua-dua produk Lenovo ini hadir dengan kapasiti bateri yang besar dan dijangka akan membantu pengguna melakukan kerja atau sebagai platform media sepanjang hari tanpa masalah kehabisan bateri.

Lenovo malaysia

Lenovo p1 back

Lenovo P1

Lenovo p1 malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.