Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Akan Melancarkan Tizen OS pada Telefon Pintar ‘flagship’

tizen-OS

Sistem operasi yang dimiliki oleh Samsung iaitu Tizen OS dilaporkan akan digunakan pada satu telefon pintar premium daripada Samsung dengan pelancaran akan berlaku pada tahun 2016.

Laporan yang diambil dari Samsung Vietnam mendakwa tahun 2016 akan menjadi tahun dimana Tizen mula membuat penampilan yang lebih agresif dengan pengeluaran model telefon pintar Tizen yang lebih hebat dan menarik kepada pengguna.

Sedar atau tidak, sistem operasi ini telah lama berada dipasaran dan sering digunakan pada jam pintar Samsung termasuk Gear S2 yang kini ditawarkan di Malaysia. Selain itu, Samsung juga pernah melancarkan Samsung Z1 dan Z3 dengan Tizen OS dann mendapat sambutan yang menggalakkan.

Ekosistem Tizen sudah berkembang dengan pesat dan lebih banyak pembangun aplikasi mula membuat versi aplikasi Tizen OS. Tujuan lebih banyak pembangun aplikasi mula menyertai ekosistem Tizen OS adalah kerana tindakan Samsung yang memberikan margin keuntungan 100% kepada syarikat tersebut sehingga penghujung tahun ini.

Satu-satunya kekurangan bagi Tizen OS selama ini adalah kekurangan dari segi spesifikasi telefon pintar namun ini mungkin berubah tidak lama lagi. Samsung dijangka akan melancarkan model berkuasa tinggi pada siri Z yang dikhaskan kepada telefon pintar Tizen OS.

Samsung mungkin melancarkan model ini sebagai Samsung Z5 dan Z8 dan terdapat juga kemungkinan besar satu jam pintar khas yang turut menggunakan sistem operasi Tizen dilancarkan bersama-sama telefon pintar ini.

sumber

Tizen-OS-Feature

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.