Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

BlackPhone 2 dilancarkan secara rasmi di Malaysia – RM 3,599

blackphone-2-malaysia-price-harga-2

Telefon pintar yang mempentingkan privasi dan keselamatan data peribadi anda iaitu BlackPhone 2 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia.

BlackPhone 2 akan hadir dengan harga penjualan RM 3,599 termasuk GST dan dengan harga penjualan yang tinggi ini, BlackPhone 2 mungkin menjadi model yang disasarkan kepada golongan eksekutif dan orang kenamaan.

BlackPhone 2 hadir dengan spesifikasi yang biasa kita dengan pada peranti Android iaitu skrin paparan IPS 1080p berukuran 5.0-inci, pemproses Snapdragon 615 berkelajuan 1.7GHz, 2GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman, sistem operasi Silent OS, bateri berkapasiti 3,060mAh dengan teknologi Quick Charge 2.0 dan turut dilengkapi dengan slot microSD sehingga 128GB.

Selain itu, BlackPhone 2 turut hadir dengan kamera utama 13MP, kamera selfie 5MP dan ukuran dimensi 7.9 x 76.4 x 152.4 mm dengan berat 165gram.

BlackPhone 2 kini sudah mula ditawarkan dipasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 3,599 dan akan ditawarkan didalam warna hitam sahaja.

blackphone-2-malaysia-price-harga-7

BlackPhone 2 ini lebih disasarkan kepada golongan yang berkerja di industri perusahan dan yang mementingkan keselamatan data yang dihantar melalui telefon pintar mereka.

BlackPhone 2 secara rasminya akan menjadi antara telefon pintar termahal di pasaran mengatasi harga penjualan permulaaan Apple dan Samsung.

BlackPhone 2 akan hadir dengan langganan Silent Suite selama setahun dan 100 minit panggilan Silent World setiap bulan untuk 12 bulan.

Selain itu, BlackPhone 2 turut mempunyai satu aksesori skrin perlindungan kaca yang ditawarkan pada harga RM 84 termasuk GST. maklumat lanjut di sini

BlackPhone 2 kini sudah boleh dibeli secara eksklusif melalui 11street dengan harga penjualan RM 3,599. maklumat lanjut bagi pembelian di 11street boleh diketahui disini.

blackphone-2-malaysia-price-harga-8 blackphone-2-malaysia-price-harga-6jpg blackphone-2-malaysia-price-harga-5 blackphone-2-malaysia-price-harga-4 blackphone-2-malaysia-price-harga-3 blackphone-2-malaysia-price-harga

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.