Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

2 Model Telefon Pintar Xiaomi telah mendapat pensijilan 3C di China

xiaomi-mi-note-2-pro-launch-and-mi-5-malaysia

Xiaomi yang baru-baru ini telah mengumumkan akan melancarkan produk baru pada 24 November ini dilihat telah mula melakukan kerja-kerja ‘awal’ dimana dua model telefon pintar Xiaomi telah mendapat pensijilan 3C (China Compulsory Certification ) di China.

Satu model tersebut adalah model yang hadir dengan nombor 2015055 manakala satu lagi model dengan dua versi yang berbeza adalah model dengan nombor 2015815 dan 2015811

Walaupun tiada sebarang maklumat mengenai apakah model yang akan dilancarkan ini, laporan mengatakan

model dengan nombor 2015055 adalah telefon pintar Xiaomi Mi Note 2 Pro manakala dua versi lain itu adalah Xiaomi Mi 5.

Seperti yang kami perkatakan, Xiaomi akan mengadakan satu majlis pelancaran produk baru di China minggu hadapan dan kita mungkin menyaksikan lebih daripada satu model dilancarkan.

Selain Xiaomi Mi Note 2 Pro dan Xiaomi Mi 5, terdapat juga kemungkinan Xiaomi melancarkan generasi kedua tablet mereka iaitu Xiaomi Mi Pad 2.

Bercakap mengenai Xiaomi Mi Note 2 Pro,  model ini dikatakan akan mempunyai spesifikasi yang sama seperti Xiaomi Mi Note 2 namun dengan reka bentuk yang lebih premium iaitu berasaskan besi.

Xiaomi Mi 5 pula adalah telefon pintar utama syarikat ini dan merupakan antara peranti yang ditunggu-tunggu oleh pengguna.

Pastikan anda mengikuti perkembangan terkini majlis pelancaran Xiaomi ini bersama kami di MobileFokus.com atau melalui akaun Facebook kami di sini > MobileFokus FB

xioami 3c mi note 2 pro mi 5

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.