Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo XShot3 mungkin hadir dengan sensor kamera terbesar

Vivo xshot 3 malaysia

Selepas beberapa bulan tanpa sebarang berita, Vivo secara tiba-tiba telah mula tampil dengan beberapa gambar mengenai Vivo X6.

Jika Vivo X6 telah disahkan sendiri oleh Vivo, dan telah dikesan di agensi TENAA masih terdapat juga satu lagi model Vivo yang kini didalam proses pembangunan.

telefon pintar Vivo yang kami maksudkan ialah Vivo XShot 3 yang dilhat sudah membuat penampilan tidak rasmi. Model pengganti kepada Vivo XShot yang merupakan antara telefon pintar terbaik didalam sejarah Vivo bakal tiba tidak lama lagi.

Menurut gambar ini, Vivo XShot3 akan hadir dengan satu unit kamera dengan lensa yang besar dan mungkin antara yang terbesar pernah disertakan pada telefon pintar.

Vivo xshot 3 national geographic

Seperti yang kita sedia maklum, siri XShot daripada Vivo adalah siri telefon pintar yang memfokuskan kepada kualiti fotografi dan adalah tidak mustahil Vivo XShot3 hadir dengan kamera 20MP.

Selain itu, Vivo XShot3 juga hadir satu lampu flash LED dan dengan sensor pengesan capjari.

Selain itu, gambar ini juga menunjukkan sedikit sebanyak persamaan model ini dengan ViVo X6 dari segi reka bentuk dan sensor pengesan capjari. Selain itu, tidak seperti X6, XShot3 dilihat hadir dengan reka bentuk satu panel belakang dan skrin paparan yang lebih besar iaitu lebih dari 6.0-inci.

Selain itu, berdasarkan gambar ini juga dapat kami kaitkam bahawa Vivo XShot3 ini mungkin dilancarkan dengan kerjasama National Geographic dan perkara ini bukanlah sesuatu yang baru memandangkan Vivo XShot juga telah digunakan oleh jurugambar majalah National Geographic.

Buat masa ini masih tiada sebarang maklumat rasmi akan bila model Vivo ini akan dilancarkan dan kami pasti model ini akan dilancarkan selepas Vivo X6.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.