Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S6 Edge menyelamatkan nyawa seseorang

samsung-galaxy-s6-edge-serangan-perancis

Serangan pengganas di Perancis pada malam Jumaat yang lalu telah menyebabkan hampir 153 orang terbunuh dan ramai lagi cedera. Walaubagaimanapun, angka kematian ini pasti menjadi 154 jika tidak kerana telefon pintar Samsung Galaxy S6 Edge.

Media Perancis melaporkan Sylvester berada di luar Stade De France dimana perlawanan persahabatan antara Perancis dan Jerman sedang berlangsung. Didalam stadium ini penuh dengan hampir 80,000 penonton dan turut dihadiri presiden Perancis Francois Hollande.

samsung-galaxy-s6-edge-serangan-perancis-1

Ketika perlawanan ini beberapa letupan juga dilporkan telah kedengaran oleh penonton, pemain dan pihak media yang turut membuat liputan bagi perlawanan ini.

Diluar stadium, seorang pengebom berani mati telah meletupkan dirinya dan Sylvestor telah terkena serpihan daripada bom ini. Keadaan Sylvestor pasti teruk jika tidak kerana Samsung Galaxy S6 Edge beliau yang menyerap kekuatan serpihan bom ini.

Video dibawah ini memberikan anda gambaran keadaan Samsung Galaxy S6 Edge yang dimiliki Sylvester ini dan jika tidak kerana telefon pintar ini kami pasti Sylvester mungkin sudah tiada untuk memberikan temuramah ini.

pengunaan telefon pintar kini dilihat sesuatu yang penting dan banyak video dan gambar yang dimuat turun dilaman sosial telah memberikan kita sedikit sebanyak akan keadaan yang dilalui oleh mereka yang berada dikawasan kejadian yang tidak diingin ini.

mendengar berita ini, Samsung sudah pasti akan bangga dengan keteguhan yang dimilik peranti Galaxy S6 Edge mereka.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.