Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 2 Pro telah mendapat pengesahan TENAA

redmi note 2 tenaa-1

Xiaomi Redmi Note 2 Pro kini telah mendapat pensijilan dari pihak berkuasa China TENAA. Redmi Note 2 Pro adalah peranti yang memiliki spesifikasi yang sama seperti Xiaomi Redmi Note 2 namun versi Pro ini akan mempunyai reka bentuk berasaskan rangka besi dan pengesan capjari.

Ini bermaksud Redmi Note Pro akan hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses MediaTek Helio X10 dan 16GB memori simpanan dalaman.

Redmi Note 2 Pro juga akan hadir dengan kamera utama 13MP yang hadir dengan teknologi pemfokusan PDAF manakala kamera hadapan adalah 5MP.

Selain itu, Redmi Note 2 Pro turut akan memiliki sokongan dwi SIM pada rangkaian 4G LTE, bateri berkapasiti 3,060 mAh, mampu berfungsi sebagai alat kawalan jauh peralatan elektronik, WiFi 802.11ac yang lebih pantas dan mempunyai MIUI 7 yang berasaskan Android 5.0.1 Lollipop.

Tambahan sensor pengesan capjari ini akan diletakkan di bahagian belakang telefon pintar ini betul-betul dibawah kamera.

Xioami Redmi Pro juga dijangka akan mempunyai harga penjualan yang lebih kurang dengan Redmi Note 2 namun buat masa ini masih tiada sebarang maklumat mengenainya.

pelancaran Xiaomi Redmi Note 2 Pro ini membuktikan komitmen Xiaomi untuk mengeluarkan telefon pintar premium dengan spesifikasi kelas atasan namun masih mampu ditawarkan pada harga penjualan yang sangat berpatutan jika dibandingkan dengan harga dikelas yang sama.

Xiaomi Redmi Note 2 Pro dijangka akan ditawarkan didalam beberapa warna menarik seperti warna perak, emas dan emas ros.

sumber

redmi note 2 tenaa-4 redmi note 2 tenaa-3 redmi note 2 tenaa-2

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.