Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Pad 2 akan hadir dengan pemproses Intel

xioami mi pad 2 malaysia-1

Xiaomi Mi Pad 2 telah dikesan melalui ujian Geekbench mengesahkan bahawa tablet Mi Pad 2 ini akan memiliki pemproses Intel. Menurut ujian ini, Mi Pad 2 akan hadir dengan pemproses Intel X5-Z8500 SoC dengan kelajuan 2.4GHz dan akan disertakan dengan 2GB RAM.

Xioami Mi Pad 2 adalah generasi kedua tablet Mi yang dilancarkan tahun lalu dan generasi pertama tablet ini sudah melebihi setahun berada dipasaran.

Ujian Geekbench ini juga mendedahkan pemproses Intel ini mencapai mata 985 pada satu teras manakala ujian beberapa teras mencapai mata 3268. Sebagai perbandingan, Mi Pad generasi pertama yang menggunakan pemproses mendapat mata 1113 pada ujian satu teras dan 3481 pada ujian beberapa teras.
xioami mi pad 2 malaysia
Xiaomi Mi Pad 2 dijangka akan hadir dengan skirn paparan yang sama iaitu 7.9-inci namun dengan resolusi yang lebih tinggi. Mi Pad 2 dikatakan akan diperkenalkan bersama-sama Mi 5 dan terdapat kata-kata model ini akan dilancarkan pada 3 Disember.

Xiaomi Mi Pad 2 dijangka akan mempunyai reka bentuk berasaskan plastik dengan beberapa warna seperti warna putih, kuning, hitam dan merah.

Mi Pad 2 juga dijangka akan ditawarkan dengan sistem operasi MIUI 7 dan berasakan Android 5.1 Lollipop.

Dari segi harga penjualan pula, Xiaomi dijangka akan mengekalkan strategi harga penjualan yang sama seperti model yang lain iaitu dengan harga penjualan hampir 1/3 lebih murah berbanding tablet didalam kelas yang sama.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.