Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Gear S2 dibuka untuk tempahan 20 November ini

gear-s2-malaysia-price-pre-order

Samsung Mobile Malaysia secara rasminya telah mengumumkan jam pintar terbaru keluaran mereka iaitu Gear S2 akan mula dibuka untuk tempahan pada 20 Oktober ini.

Gear S2 akan hadir didalam dua versi iaitu versi biasa yang ditawarkan pada harga RM 1,399 manakala versi klasik mempunyai harga penjualan RM 1,599.

Tempahan bagi kedua-dua versi Gear S2 ini akan dibuka dari 20 November ini sehingga 23 November dimana kedua-dua model ini akan ditawarkan pada harga pengenalan iaitu dengan potongan 20% dairpada harga asal menjadikan Gear S2 biasa dijual pada harga RM 1,119 manakala Gear S2 Klasik pula dijual pada harga RM 1,279 .

Selepas tempoh tempahan, penjualan rasmi dengan harga biasa akan bermula pada 27 November ini.

Selain itu, bagi 500 pembeli pertama yang membuat tempahan Gear S2 ini anda akan menerima dok pengecasan tanpa wayar bernilai RM 169 secara percuma.

Beralih kepada spesifikasi Gear S2 ini, kedua-dua jam pintar ini hadir dengan skrin paparan bulat Super AMOLED berukuran 1.2-inci, pemproses dual-core 1.0GHz, 512MB RAM dan 4GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Gear S2 juga hadir dengan sistem operasi Tizen OS dan buat masa ini hanya boleh digunakan dengan telefon pintar Samsung dan Android sahaja namun peranti iOS dijangka akan mendapat sokongan ini menjelang tahun hadapan.

Gear S2 akan hadir dengan tali jam berwarna putih dan kelabu dan anda akan mendapat dua tali untuk pengunaan lengan saiz yang berbeza.

Bagi versi klasik pula, ianya akan hadir dengan tali jam berasakan kulit asli dan kedua-dua versi Gear S2 ini juga hadir dengan pensijilan kalis air IP68.

Gear S2 yang ditawarkan dipasaran Malaysia bukan lah versi 3G yang mempunyai slot SIM dan boleh digunakan secara berasingan. tempahan boleh dilakukan di sini > Gear S2 Pre-Order   (mulai 20 Nov 2015)

samsung gear s2 malaysia

gears2_connectivity gears2_design-1 gears2_design

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.