Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

LG Watch Urbane 2 dengan sokongan 4G LTE dilancarkan

LG-Watch-Urbane-2-LTE-5

LG secara rasminya telah melancarkan jam pintar Android Wear pertama yang hadir dengan sokongan selluar 4G LTE iaitu edisi kedua LG Watch Urbane 4G

Anda tidak perlu lagi risau jika ketiadaan Bluetooth atau Wi-Fi kerana dengan LG Watch Urbane 2 jam pintar anda akan beralih kepada pengunaan data selular dan anda boleh menghantar dan menerima mesej, mendapat jawapan dari Google, membuka aplikasi kegemaran anda.

Dengan LG Watch Urbane 2 juga ada mampu membuat panggilan dari jam tersebut dan tidak memerlukan telefon pintar.

Jam pintar LG Watch Urbane 2 ini hadir dengan tiga butang yang memberikan anda akses pantas kepada senarai kenalan, aplikasi kesihatan LG Health dan kembali ke paparan jam.

Ianya hadir dengan skrin paparan bulat P-OLED berukuran 1.38-inci (348ppi), pemproses Snapdragon 410, 768MB RAM, 4GB memori simpanan dalaman, bateri berkapasiti 570mAh, sokongan LTE, Bluetooth 4.1, sensor pengukur kadar degupan jantung dan Wi-Fi.

LG Watch Urbane 2 juga hadir dengan pensijilan IP67 yang memberikanya kekalisan air selama 30 minit pada kedalam 1 meter. LG Watch Urbane 2 akan mula memasuki pasaran antarabangsa didalam masa beberapa bulan sejak ini.

LG Watch Urbane 2 juga akan boleh digunakan pada peranti Android dan iOS dan fungsi pengunaan data pada jam pintar ini akan membolehkan LG Watch Urbane 2 ini juga boleh digunakan berasingan tanpa sambungan pada telefon pintar.

LG-Watch-Urbane-2-LTE-1-malaysia-4 LG-Watch-Urbane-2-LTE-1-malaysia-3 LG-Watch-Urbane-2-LTE-malaysia-2

LG-Watch-Urbane-2-LTE-1-malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.