Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Insiden Pergaduhan di Plaza Low Yat kembali lagi

plaza-low-yat-gaduh-

Plaza Low Yat menjadi satu lagi medan pergaduhan apabila seorang lelaki berusia 27 tahun menyerang seorang jurujual dan seorang pelanggan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Zaino Samah mengesahkan pihak polis telah menerima laporan daripada jurujual bagi insiden yang berlaku pada pukul 7.20 malam semalam.

Zainol berkata lelaki tersebut berjaya ditahan oleh pengawal keselamatan dengan kerjasama polis.

Menurut laporan polis yang dilakukan jurujual berusia 23 tahun ini, beliau adalah seorang pekerja disalah satu kedai di Plaza Low Yat dan suspek telah menyoal beliau akan dimana rakan sekerja beliau.

Selepas memberikan maklumat seperti nombor telefon dan alamat akan dimana rakan sekerja beliau tinggal, suspek ingin mengetahui bila rakan sekerja mangsa akan masuk berkerja keesokan harinya.

Walaubagaimanapun, ketika jurujual ini sedang menyemak jadual waktu bekerja rakan beliau, lelaki tersebut bertindak menumbuk mangsa dimulut sebanyak 4 kali.

Suspek juga difahamkan mempunyai dua rekod jenayah yang berkaitan dengan kes dadah dan kecurian.

Suspek juga telah merampas tablet seorang pelanggan Plaza Low Yat yang sedang merakam insiden tersebut namun beliau bertindak melemparkan tablet itu kembali kepada pelanggan tersebut.

Suspek berumur 27 tahun ini kemudian beredar dari kompleks Plaza Low Yat ini selepas pelanggan mula masuk campur didalam insiden yang tidak diingin ini.

Kejadian ini mengingatkan kembali peristiwa pergaduhan di Low Yat yang berubah menjadi rusuhan besar di luar Plaza Low Yat ini pada bulan Julai.

pengurusan Plaza Low Yat didalam satu kenyataan mendakwa lelaki ini mempunyai keadaan mental yang tidak stabil dan mabuk.

Pengurusan Plaza Low Yat juga berkata keselamatan penyewa dan pelanggan di Plaza Low Yat adalah keutamaan mereka dan mereka akan memastikan keselamatan mereka sentiasa terjamin.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.