Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple Music kini ditawarkan kepada pengguna Android

apple-music-android-malaysia

Aplikasi pengstriman muzik daripada Apple iaitu Apple Music kini secara rasminya telah ditawarkan kepada pengguna peranti Android.

Aplikasi Apple Music ini kini sudah boleh dimuat turun oleh pengguna peranti Android dari Google Play Store dan ianya adalah percuma.

Buat masa ini, Aplikasi Apple Music ini berada didalam versi beta dan versi yang lebih stabil dijangka akan ditawarkan didalam masa terdekat.

Hasil tinjaun kami diruang maklum balas aplikasi Apple Music ini mendapati ramai pengguna yang telah memuat turun aplikasi membuat aduan bahawa terdapat banyak masalah dengan apps ini dan terlalu banyak ‘bug’.

apple-music-malaysia-android-google-play-store

Apple Music ini ditawarkan dengan langganan 3 bulan percuma dimana anda boleh menikmati kesemua lagu terkini dari artis popular tempatan dan antarabangsa.

Selepas tempoh tiga bulan percubaan, pengunaan yang ingin melanggan Apple Music ini akan dikenakan cas sebanyak $9.99 sebulan (RM43 sebulan).

Tujuan Apple melancarkan aplikasi ini adalah untuk mewujudkan pesaing kepada aplikasi pengstriman muzik yang sudah lama dipasaran seperti Spotify dan Pandora.

Aplikasi Apple Music di Android ini masih belum stabil dan pendaftaran baginya di peranti Android juga belum disesuaikan.

Bagi pengguna Android yang berminat untuk memuat turun aplikasi ini anda boleh menekan pautan disini > Apple Music Android namun kami menasihatkan anda untuk sehingga versi yang lebih stabil ditawarkan sebelum anda mencuba aplikasi ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.