Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vaporcade Jupiter- telefon pintar vape pertama didunia

Jupiter smartphone

Vaporcade, syarikat pengeluar rokok elektronik terkemuka di Amerika Syarikat , secara rasminya telah melancarkan telefon pintar hibrid yang turut hadir dengan fungsi vape yang dikenali sebagai Jupiter

Jupiter smartphone vape

Peranti hibrid ini membolehkan anda menggabungkan telefon pintar dan vape didalam satu peranti yang memudahkan anda membawanya kemana sahaja.

Vaporcade Jupiter merupakan telefon pintar vape pertama didunia

Vaporcode jupiter 3g and 4g

Telefon pintar Vaporcade Jupiter ini akan mempunyai harga penjualan $299 (RM 1,300) bagi versi 3G dan $499 (RM 2,174) bagi versi 4G . Ianya hadir dengan skrin paparan 5.3-inci, sistem operasi Android 4.4 KitKat dan satu aplikasi khas yang akan aktif secara sendiri apabila anda mula menghisap rokok elektronik ini ( paip ini diletakkan di bahagian atas seperti antena pada bahagian atas).

image

Selain itu, terdapat juga beberapa aksesori tambahan yang dijual secara berasingan untuk meningkatkan lagi kepuasan pengunaan rokok elektronik ini.

Antara aksesori yang dijual untuk Vaporcade Jupiter adalah seperti bekas penyimpan perisa ( sehingga 30 perisa), paip panjang seperti shisha dan banyak lagi.

Tidak seperti di Malaysia, Pasaran rokok elektronik di Amerika Syarikat diterima baik oleh kerajaan dan Vaporcade mahu menyelamatkan berjuta nyawa dengan menggalakan penghisap rokok konvensional beralih kepada rokok elektronik.

image image image

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.