Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Selamat Hari Jadi, Android meraikan ulang tahun ke-8

happy-birthday-android-malaysia

Pada 5 November 2007, syarikat yang dikenali sebagai Open Handset Alliance yang terdiri daripada Google, Sony, HTC, Samsung, Sprint, T-Mobile, Qualcomm, dan Texas Instruments mencatat sejarah apabila syarikat gabungan ini mengumumkan sistem operasi Android dan selepas setahun diumumkan, telefon pintar pertama Android daripada HTC iaitu HTC Dream dilancarkan khas untuk syarikat telekomunikasi T-Mobile.

Sejak itu banyak sistem operasi Google telah hadir dari dengan nama lebih cenderung kepada manisan atau makanan ringan seperti Ice Cream Sandwich, Lollipop, Jelly Bean dan yang terkini Marshmallow. Android kini dilihat sebagai satu sistem operasi yang matang dan sudah banyak belajar dari kesilapan lalu.

Android diletakkan harapan yang tinggi bagi tahun 2016 dan kini diterajui oleh Hiroshi Lockheimer. Sistem operasi terbaru Android bagi tahun hadapan iaitu Android N pula akan diumumkan pada Google I/0 2016.

Kami mengucapkan selamat hari jadi yang ke-8 kepada Android!

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.