Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A9 mungkin memiliki skrin paparan 6.0-inci

samsung-galaxy-a9-malaysia-price-harga
Samsung Galaxy A9 yang masih belum diumumkan secara rasmi ini nampaknya sudah dikesan di laman sesawang Zauba, satu laman yang mengesan import dan eksport negara India.

Walaupun sebelum ini, AnTuTu mendedahkan Samsung Galaxy A9 akan hadir dengan skrin paparan 5.5-inci, Zauba memberikan maklumat bahawa telefon pintar ini akan hadir dengan skrin paparan 6.0-inci dan mempunyai nombor model SM-A-9000.

zauba samsung galaxy a9 malaysia

Dari apa yang kita ketahui setakat ini, Samsung Galaxy A9 akan dilengkapi dengan skrin paparan berukuran 5.5 atau 6.0-inci, pemproses Snapdragon 620, GPU Adreno 510, 3GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman. Ujian AnTuTu juga mendedahkan model terbaru didalam siri Galaxy A ini akan hadir dengan sistem operasi Android 5.1.1 Lollipop.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.