Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pemproses berkuasa tinggi Huawei Kirin 950 dilancarkan

Kirin-950
Huawei secara rasminya telah memperkenalkan pemproses berkuasa tinggi terbaru mereka iaitu Kirin 950 yang hadir dengan 4 teras ARM Cortex-A72 dan 4 teras ARM Cortex-A53 selain GPU Mali-T880MP4. Diatas kertas, Kirin 950 mempunyai kebolehan untuk bersaing dengan mana-mana pemproses terbaik dipasaran cipset telefon pintar.

Berdasarkan ujian GFXBench, Kirin 950 diletakkan dihadapan kesemua pemproses dipasaran Android termasuk Samsung Exynos 7420 yang digunakan pada Galaxy S6.

Pada majlis pelancaran semalam, Huawei telah mengadakan ujian secara langsung yang diletakkan pada satu ‘motherboard’ yang disambungkan kepada satu skrin paparan yang besar dan diuji pada AnTuTu.

Pemproses Kirin 950 ini mencapai jumlah mata 82,945 mata diujian AnTutu yang mana ianya lebih tinggi jika dibandingkan dengan pemproses Samsung Exynos 7420 yang berada pada kadar sekitar 70,000 mata.

Walaubagaimanapun, ujian AnTuTu ini mungkin tidak sama jika pemproses Kirin 950 ini berada didalam telefon pintar kerana aliran udara dan tahap kepanasan didalam telefon pintar pasti berbeza jika dibandingkan dengan ujian yang dilakukan pada persekitaran terbuka ini.

Huawei Kirin 950 dilihat sebagai gergasi yang sangat berkuasa tinggi dan lebih banyak maklumat mengenai pemproses ini akan diketahui apabila telefon pintar Huawei Mate 8 dilancarkan tidak lama lagi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.