Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo akan melancarkan phablet Vivo X6 – 8 warna menarik

vivo-x6-malaysia-launch

Sedang kita menunggu pengumuman rasmi mengenai Xplay 5S minggu ini, Vivo telah mengejutkan semua pihak apabila memberikan kita petunjuk mengenai satu model phablet yang dikenali sebagai Vivo X6.

Vivo X6 nampaknya akan dilancarkan didalam masa terdekat dan X6 dilihat akan hadir sebagai satu telefon pintar gergasi dari segi spesifikasi dalaman.

Vivo X6 yang mengeluarkan beberapa gambar awal minggu ini mengenai pelancaran sesuatu yang pantas nampaknya telah merujuk kepada X6 dan bukanya Xplay 5S.

Vivo X6 dijangka akan hadir dengan 1GB RAM berasingan yang khas untuk digunakan bagi pemprosesan grafik dan ini merupakan kali pertama RAM yang didedikasi khas untuk grafik disertakan pada telefon pintar.

Spesfikasi lain yang disertakan pada Vivo X6 ini adalah skrin paparan QHD 6.0-inci dengan teknologi Force Touch, pemproses deca-core Helio X20, 4GB RAM, kamera 21MP dan bateri berkapasiti 4,000mAh.

Selain itu, Vivo X6 juga dijangka akan ditawarkan didalam 8 warna menarik dan akan menggunakan UI Flyme berasaskan sistem operasi Android 5.1 Lollipop.

buat masa ini masih tiada sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran dan harga bagi Vivo X6 ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.