Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Miliki Lenovo A6000 pada harga RM 259 dengan Digi SmartPlan 50

lenovo-a6000-digi-smartplan-50-offer-1

Ingin memiliki telefon pintar 4G LTE pada harga yang lebih murah? Digi kini menawarkan Lenovo A6000 dengan harga penjualan hanya RM 259 dan apa yang anda perlu lakukan adalah hanya melanggan pelan Digi SmartPlan 50.

Lenovo A6000 ini mempunyai harga penjualan asal RM 599 dan Digi kini menawarkanya pada harga yang lebih murah dengan pelan pascabayar SmartPlan 50 mereka.

Pelan daripada Digi ini hadir dengan 3GB Internet, 100 minit waktu panggilan dan 100 sms.

Dari segi spesifikasi Lenovo A6000 hadir dengan skrin paparan IPS HD berukuran 5.0-inci, pemproses Snapdragon 410, 1GB RAM dan 8GB memori simpanan dalaman.

lenovo-a6000-digi-smartplan-50-offer

Selain itu, Lenovo A6000 juga hadir dengan kamera utama 8MP, kamera selfie 2MP, bateri berkapasiti 2,300mAh, slot microSD dan sokongan dwi-SIM.

Dengan pembelian Lenovo A6000 ini anda hanya perlu membayar wang pendahuluan RM 50 selain harga peranti ini iaitu RM 259 menjadikan jumlah pembayaran keseluruhan adalah RM 309 tidak termasuk GST.

Lenovo A6000 ini ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan kuning. Dapatkanya sekarang di wakil pengedar sah Digi ataupun secara atas talian di Laman rasmi Digi

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.